Baru Berumur 25 Tahun Sudah Menghidap KANSER! Bila Diselidik Rupanya Semasa Sihat Suka Mengamalkan Makanan Ini

Sharing is caring!

Baru Berumur 25 Tahun Sudah Menghidap KANSER! Bila Diselidik Rupanya Semasa Sihat Suka Mengamalkan Makanan Ini

Kehidupan sekarang yang serba cepat ditambah lagi tekanan kerja, boleh menyebabkan banyak orang tidak bersenam atau pergi ke rumah sakit untuk melakukan pemeriksaan rutin. Bahkan, ketika tubuh mempunyai masalah, kamu malah tidak tahu.

Beberapa hari yang lalu, ada seorang wanita yang berumur 25 tahun pergi ke rumah sakit untuk melakukan pemeriksaan rutin. Tidak disangka ia mendapati bahawa ia telah menghidap kanser perut. Memang kebiasaan sehari-harinya tidak baik, ia sering makan makanan yang diawetkan, duduk seharian di pejabat dan jarang minum air. Mujurlah, kansernya masih stadium awal.

Dalam beberapa tahun terakhir, kanser perut telah banyak memakan jiwa.Lebih parahnya, penyakit ini meningkat setiap tahun. Penyebab utama dari kanser perut 90 peratus datang dari kebiasaan makanan yang dimakan sehari-hari. Yuk mari kita lihat makanan apa sih yang mencetuskan kanser perut:

4 jenis makanan yang boleh menyebabkan kanser perut:

1. Buah Busuk

Buah-buahan segar sangat baik untuk kesihatan. Namun jika kamu melihat buah yang sedikit busuk, apakah akan kamu buang atau potong bahagian busuknya lalu dimakan? Hal ini adalah salah satu penyebab dari kanser perut. Buah ini tidak hanya busuk di beberapa bahagian, tempat-tempat lain juga sudah dijangkiti kulat, hanya saja belum kelihatan. Jadi kita perlu memperhatikan lebih baik ketika makan buah.

2. Makanan Segera

Makanan segera lebih cepat dan tidak buang-buang waktu, sehingga banyak pekerja pejabat atau orang-orang yang memilih untuk makan makanan segera. Tapi banyak dari komposisi kimia yang berlebihan dari makanan tak berkhasiat ini. Tidak hanya garam tinggi, lemak tinggi, vitamin rendah, dan hanya dapat memberikan kalori tanpa nilai gizi.Pengambilan garam yang terlalu tinggi boleh meningkatkan beban pada buah pinggang, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

3. Acar

Acar merupakan salah satu jenis makanan yang di awetkan memakai cuka dan garam dan biasa kita temui pada menu makanan di rumah makan. Akan tetapi, makanan ini mengandungi kadar garam yang sangat tinggi, sehingga mudah menyebabkan darah tinggi, penyakit jantung dan kanser perut. Menurut kajian kanser dunia, pengambilan garam sehari tidak boleh lebih dari 6 gram. Jika ingin hidup sihat, jangan makan makanan yang terlalu masin.

4. Makanan Panggang

Makanan panggang memang lazat dan nikmat. Namun, makanan panggang terlalu berminyak dan boleh menyerap ke dalam makanan.Menurut kaji selidik, banyak penduduk di Iceland yang menghidap kanser perut, hal ini berkaitan dengan makanan panggang yang sering mereka konsumsi.

Inilah penyebab penyakit perut atau kanser perut. Penyakit ini boleh menganggu dan menghalang kegiatan sehari-hari. Bijaklah dalam memilih makanan supaya badan sentiasa sihat dan dilindungi.
Fakta Asas Kanser

Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal atau abnormal di dalam badan. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian.

Sel Normal Di Dalam Badan
Tubuh kita terdiri daripada trilion sel hidup. Sel-sel badan yang normal berkembang, berpecah untuk membuat sel-sel baru, dan mati dengan cara yang teratur. Pada tahun-tahun awal kehidupan seseorang, sel-sel normal berpecah dengan lebih cepat untuk membolehkan mereka membesar. Setelah seseorang itu menjadi dewasa, kebanyakan sel berpecah hanya untuk menggantikan sel rosak, sel mati atau untuk membaiki kecederaan.

Bagaimana Kanser Bermula
Kanser bermula apabila sel-sel di bahagian badan mula tumbuh di luar kawalan. Pertumbuhan sel kanser adalah berbeza daripada pertumbuhan sel yang normal. Ia tidak mati, sebaliknya terus berkembang dan membentuk sel yang baru, yang tidak normal. Sel-sel kanser juga boleh menyerang (tumbuh di dalam) tisu-tisu yang lain, sesuatu yang sel normal tidak boleh lakukan. Pertumbuhan di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain adalah apa yang membuatkan sel menjadi sel kanser.

Ini berlaku disebabkan sistem pengawasan imun badan tidak aktif. Sistem pengawasan imun yang aktif akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan agen karsinogenik (agen yang menyebabkan kanser) yang setiap hari memasuki badan kita. Mereka yang mempunyai sistem imun yang sihat dan kuat akan terhindar daripada kanser. Mereka yang tindakbalas sistem imunnya tidak berfungsi dengan baik berhadapan dengan risiko kanser yang lebih tinggi.

Masalahnya adalah semakin hari semakin lemah sistem imun kita. Kita tidak dapat lari daripada keadaan yang melemahkan sistem imun seperti pencemaran udara, racun perosak, bahan tambahan dalam makanan, kekurangan nutrien, stres dan lain-lain. Justeru kita perlu meningkatkan pertahanan imun semula jadi kita untuk melindungi diri kita daripada kanser.

“Untuk membolehkan kanser bermula dan terus berkembang, ia perlu mengalahkan pertahanan sistem imun anda. Sistem imun adalah benteng pertama dan terakhir anda daripada kanser.” Dr. John Bailar, M.D., Ph.D., bekas Ketua Editor Jurnal Institut Kanser Negara, Amerika.

Bagaimana Sel Kanser Merebak
Sel kanser sering berjalan ke bahagian-bahagian badan yang lain di mana ia boleh berkembang dan membentuk tumor baru. Ini berlaku apabila sel kanser masuk ke dalam saluran darah atau saluran limfa badan. Proses kanser merebak dikenali sebagai metastasis.

Jenis Kanser
Kanser menyumbangkan satu perempat daripada jumlah kematian di negara maju. Jenis yang paling biasa adalah kanser prostat, paru-paru dan kanser payudara. Jenis lain adalah kanser hati, kolon atau kolorektal, kanser, pundi kencing, ovari, endometrium, tulang, kanser kulit dan leukemia.

Penyakit ini akan dinamakan mengikut di mana ia bermula. Sebagai contoh, yang bermula di kolon akan dikenali sebagai kanser kolon. Jika ia telah merebak ke hati, ia dipanggil kanser kolon metastatik, bukan kanser hati. Dalam kes ini, sel kanser yang diambil dari hati akan sama dengan yang terdapat di dalam kolon.

Tumor yang Bukan Kanser
Tumor adalah satu ketulan yang tidak normal atau pengumpulan sel-sel, tetapi tidak semua ketumbuhan adalah kanser. Tumor yang bukan kanser dipanggil benigna. Tumor benigna boleh menyebabkan masalah – ia boleh tumbuh dengan besar dan menekan organ-organ dan tisu-tisu yang sihat. Tetapi ia tidak boleh menyerang tisu-tisu lain. Kerana tidak boleh menyerang, ia juga tidak boleh merebak ke bahagian badan yang lain. Tumor jenis ini jarang mengancam nyawa.

Rawatan, Ubat dan Penawar Kanser
Terdapat beberapa jenis rawatan, ubat atau penawar untuk kanser. Ketahui bagaimana ia bertindak dan mengapa ia digunakan, dan dapatkan maklumat apa yang boleh diharapkan daripadanya dan bagaimana ia mungkin memberi kesan kepada anda jika anda mendapatkannya.

Pembedahan – Pembedahan boleh digunakan untuk mendiagnosis, merawat, atau membantu mencegah kanser dalam beberapa kes. Ia selalunya mempunyai peluang yang besar untuk sembuh, terutama jika kanser belum lagi merebak ke bahagian badan yang lain.

Kemoterapi – Kemoterapi(kemo) adalah penggunaan ubat-ubatan atau dadah untuk merawat kanser. Ramai yang takut untuk menjalani rawatan kemoterapi. Ia akan membantu menenangkan ketakutan sekiranya diketahui apa itu kemoterapi, bagaimana ia berfungsi, dan apa hasil yang boleh diharapkan daripadanya.

Terapi Radiasi – Terapi radiasi atau sinaran menggunakan zarah bertenaga tinggi atau gelombang untuk memusnahkan sel-sel kanser atau sel rosak. Ia adalah salah satu rawatan yang paling biasa bagi kanser, sama ada secara sendiri atau bersama-sama dengan rawatan lain.

Sel Tunjang – Sel tunjang atau stem sel kebanyakannya hidup dalam sum-sum tulang, di mana mereka berpecah untuk membuat sel-sel darah yang baru. Pemindahan sel tunjang digunakan untuk memulihkan sel-sel tunjang apabila sum sum tulang telah dimusnahkan oleh penyakit, kemoterapi atau radiasi.

Imunoterapi – Imunoterapi adalah rawatan yang menggunakan bahagian-bahagian tertentu sistem imun seseorang untuk melawan penyakit seperti kanser. Ini boleh dilakukan dengan dua cara; Merangsang sistem imun anda untuk bekerja lebih keras atau lebih bijak untuk menyerang sel-sel kanser atau memberikan anda komponen sistem imun, seperti protein sistem imun. Namun terdapat protein tertentu yang membantu sel-sel kanser berkembang.

Sumber RakanMedia.Club

Sharing is caring!