CALON UPSR BELUM HADIR DAN JAM TEPAT 8PAGI !! BILA CIKGU PERGI MENJENGUK RUMAH MURID RUPA2NYA..

Sharing is caring!

Kasihan…

Hari ini seorang calon UPSR murid asli SK Paya Bungor belum hadir ke sekolah walaupun jam menunjukkan pukul 8.00 pagi. Maka atas inisiatif guru En.Khairul Nizamdan GPK Kurikulum En.Mohd Ali, mrk dtg menjenguk murid di rumah. Murid tersebut drpd keluarga yg susah, dikatakan tiada baju sekolah kerana basah.

Setelah diikhtiarkan baju utk murid tersebut, dia dijemput ke sekolah ukt hadir menjawab kertas Bahasa Melayu pagi ini.

 

Mulianya pengorbanan mu wahai guru!

Tahniah cikgu

Posted by Kelab Info Malaysia on Monday, 11 September 2017

Jadual Exam UPSR PT3 SPM STPM STAM PAV Terkini

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerbitkan jadual waktu peperiksaan awam bagi tahun 2017 dan garis panduan bersertakan arahan untuk calon menduduki peperiksaan yang telah dijadualkan berlangsung

Calon peperiksaan awam boleh mendapatkan jadual berkenaan dengan memuat turun (download) sebagai persiapan awal bagi menghadapi peperiksaan calon masing-masing

Tips Umum Persediaan Menghadapi PeperiksaanMembuat Persiapan Awal

Menyediakan alatan peperiksaan seawal mungkin, bagi mengelakkan situasi kelam kabut di hari peperiksaan

Membuat pemeriksaan dengan memastikan alat-alat tulis dan slip peperiksaan telah tersedia

Jangan biarkan kelam kabut menjejaskan fokus anda sewaktu peperiksaan nanti

Semak Jadual Peperiksaan

Sila pastikan anda membuat semakan jadual peperiksaan dengan teliti

Catitkan masa, tempat dan subjek yang diambil dalam peperiksaan tersebut

Saranan ini adalah bertujuan mengelakkan anda dari tersilap atau ketinggalan dalam menduduki peperiksaan anda

Tidur Awal Dan Rehat Secukupnya

Rehat adalah penting bagi anda yang akan menghadapi peperiksaan

Dengan rehat secukupnya, badan anda tidak akan terlalu penat selain memudahkan otak anda fokus terhadap pelbagai subjek peperiksaan

Mengulangkaji Pelajaran

Pastikan anda selesai mengulangkaji subjek beberapa hari sebelum peperiksaan

Sediakan nota kecil tentang topik / subjek yang telah anda baca dan difahami lalu diringkaskan ke nota tersebut kerana ia dapat memudahkan anda untuk mengolah semula ilmu yang telah dibaca

Berdoa Dan Bertawakal

Setiap usaha perlu diiringi oleh doa, agar kita dibantu olehNYA

Setelah berhempas pulas belajar,  bertawakal kepada Allah dan sentiasa berdoa untuk kejayaaan diri anda

Walau apapun keputusan nanti, bersyukur sahaja ke atas keputusan peperiksaan yang anda dapat kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya

Edited : facebook.com/kisahbenar.com

Sharing is caring!