CHEF WAN BENGANG CUCU DI MAKE UP MACAM ORANG TUA! INI KOMEN CHEF WAN…

Sharing is caring!

Umum mengetahui ketegasan Chef Wan dalam mendidik anak-anak dan cucu-cucunya. Sungguhpun kadang-kadang kedengaran seperti sangat kasar, namun tidak bermakna Chef Wan tidak sayangkan mereka.

Baru-baru ini Chef Wan telah memuat naik sekeping foto cover depan majalah Mingguan Wanita yang menampilkan anaknya, Serina dan dua orang cucunya, Bella dan Tristan.

Foto cucu perempuannya, Bella telah menarik perhatian Chef Wan dan menimbulkan rasa kurang senang beliau bila melihat Bella disolek seperti seorang dewasa.

Berikut merupakan kapsyen penuh beliau:

“Just got Mingguan Wanita magazine with them on the cover. I asked Serina why Bella lipstick macam tu?

She said “Pa, make up artist yang letak”.

Kau pulak as a mother you cannot say no ke?

I don’t like kids diajar make up2 macam orang tua.

A child should be left alone to enjoy their childhood and grow up just like normal children.

There always a time for everything in a life of a child to remaja and so on.

1st thing its not natural for a small girl to be dolled up mcm tu.

Hilang natural beauty kanak2 itu serta the sweet and innocent look of a child.

Yang editor tu boleh pulak approve kan benda2 mcm ni pulak? I am shocked!”

Dalam pada itu, rata-rata netizen bersetuju dengan kata-kata Chef Wan.

“Make up artis pon. Utk maknye blh je warna natural. Untuk kid warna pink pulak. Lip gloss je dh le..ehhhh..”

“Saya mcm mak saya jugak. Cukup tak suka bila kanak2 ber make-up bagai. Kecik2 dulu pun sy dilarang bermakeup. Sampai dh masuk U Dan keje baru dibenarkan. ITU pun sikit2 je. Katanya xnk bagi hilang seri pengantin. Dah kahwin baru dia xkisah. Lantak kau katanya!! Terbaik la Datuk @chefwan58 .”

“Setuju naww…sy memang x suka tgk bebudak make up..hilang natural beauty depa…”

Sumber: IG Chef Wan

Sharing is caring!