Inilah Anggaran Harga Kereta “MORGAN” Yg Digunakan Oleh Sultan Johor Dalam Jelajah Mahkota Johor.. Jangan Terperanjat Bila Dengar Harganya!..

Sharing is caring!

Inilah Anggaran Harga Kereta “MORGAN” Yg Digunakan Oleh Sultan Johor Dalam Jelajah Mahkota Johor.. Jangan Terperanjat Bila Dengar Harganya!..

Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 edisi ke-20 bermula hari ini, dengan buat julung kalinya menyaksikan sembilan kereta klasik beroda tiga Morgan buatan Britain milik Sultan Johor digunakan sepanjang program.

Majlis pelancaran disempurnakan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, yang berkenan berangkat merasmikan gimik pelepasan di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru pada jam 9.10 pagi tadi (9 September).

Baginda yang tiba kira-kira jam 8.20 pagi diiringi DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah; DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan isteri, YM Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam; YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah dan suami, Encik Dennis Muhammad Abdullah; YAM Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj; YAM Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan YAM Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj.

Mengikut Carian Google Harga Sebenar Sebuah Kenderaan Morgan Milik Sultan Johor adalah berharga $45,000 jika ditukar Kepada RM Berharga RM 189,004.50. wow!!!

Sumber gambar: JOHOR Southern Tigers s

Sharing is caring!