Inilah Cara Urut Kaki Sebelum Tidur Dan Rasakan Keajaibannya Esok Hari Selepas Bangun

Sharing is caring!

VIRALKAN..!! Ramai orang TIDAK TAHU amalan orang tua-tua dahulu.. Tahukah Anda Urut Kaki Sebelum Tidur Macam Ni Dapat Kurangkan Stress dan Penyakit Lain, dan anda akan Rasakan Keajaibanya Esok Hari..Rugi Siapa Yang Tak Cuba..Sebarkan Semoga Bermanfaat

………………………………………………………………………….

Urut Kaki Sebelum Tidur Macam Ni Dan Rasakan Keajaibannya Esok Hari

Ada kajian yang mengatakan urutan kaki sebelum tidur mampu menjadikan badan anda lebih segar dan santai sekaligus mengurangkan risiko kekejangan di bahagian otot. Antara manfaat urut kaki sebelum tidur adalah seperti berikut.

1. Melancarkan Aliran Darah

Urutan di tapak kaki secara teratur dan konsisten mampu melancarkan aliran darah secara optimum.

Selain itu, aliran darah yang baik dan lancar membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan mengurangkan pengumpulan kolestrol dan lemak dalam darah.

Kepada pesakit diabetis, urutan pada kaki sekurang – kurangnya 20 minit sebelum tidur membantu dalam proses penyembuhan.

2. Mengatasi Masalah Migrain

Anda mempunyai masalah migrain atau sakit kepala ?

Kajian mendapati bahawa dengan melakukan urutan serta menekan bahagian tertentu pada tapak kaki mampu memulihkan beberapa penyakit termasuk migran.

3. Menurunkan Tekanan Darah

Satu lagi manfaat luar biasa dengan mengurut tapak kaki sebelum tidur adalam menurunkan tekanan darah.

Bukan sahaja menurunkan tekanan darah malah urutan yang lembut di kaki akan membantu menyegarkan tubuh menjadikan diri lebih tenang dan santai.

Terdapat kajian di mana ia menyatakan bahawa mengurut tapak kaki selama 10 minit sebelum tidur membantu tubuh merembeskan hormon yang mencetuskan perasaan cemas serta membantu mengatasi masalah lain termasuklah tekanan darah tinggi.

4. Memulihkan Hubungan Intim Bersama Pasangan

Mengurut tapak kaki dengan menggunakan minyak aromaterapi beserta alunan muzik yang mendamaikan mampu memberi ketenangan kepada tubuh dan emosi.

Di saat ini pastinya menjadikan diri dan pasangan lebih bersedia untuk hubungan intim yang lebih baik.

Urutan yang tepat di tapak kaki dipercayai mampu meningkatkan keinginan seksual seseorang.

6. Menurunkan Risiko Menapaus

Mengurut tapak kaki sangat baik untuk kaum wanita.

Menurut kajian, aktiviti mengurut tapak kaki mampu melambatkan risiko menapaus.

Ia sangat baik untuk mengatasi masalah sembab atau bengkak kaki semasa mengandung.

Oleh itu, kaum bapa yang baik, urut dan sila manjakan isteri anda.

Alhamdulillah sedikit perkongsian yang dipetik dari mediakesihatan.com, beberapa faedah mengurut tapak kaki yang mungkin kita tidak pernah tahu sebelum ini.

Oleh itu, pasangan suami isteri, sama – samalah mengurut tapak kaki pasangan anda sebelum tidur ya!

Semoga info ini memberikan manfaat dan juga agar kita diberikan kesihatan yang maksima serta dijauhkan dari perlbagai jenis penyakit yang menanti tanpa mengenal usia mahupun keturunan.

Sumber Belogfadahsempoi

Sharing is caring!