Semua HAIRAN Murid Ini Datang UPSR Berbaju Melayu Hijau. Rupa²nya Bapa Dia Telah……. SEBAK !!!

Sharing is caring!

Wajahnya sugul, baju yang dipakai pula bukannya pakaian seragam sekolah, sebaliknya berbaju Melayu hijau, namun dia tenang ketika berada dalam kelas bersama rakan sebaya.

Demikian gambaran seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Hussayn mengenai anak didiknya, Azri Haziq Hairul Saleh yang begitu tabah dan berjiwa kental untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) ketika melalui saat sedih kehilangan insan tersayang.

Menurut catatan Facebook guru Sekolah Kebangsaan Presint 8 (2), Putrajaya itu, anak muridnya berbeza berbanding calon UPSR lain kerana dia hadir ke sekolah selepas selesai upacara pengebumian bapanya.

Sayu melihat ketabahan anak muridnya itu, guru ini menganggap ia pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang berkhidmat sebagai Guru Bimbingan & Kaunseling.

“Hati mana yang tidak sayu melihat ketabahan anak ini dari luar kelas menjawab soalan dengan hanya memakai baju yang dipakai ke kubur ayahnya sebentar tadi.

“Lebih sayu anak ini menduduki peperiksaan bukan di sekolah asalnya tetapi sebagai calon tumpang di SK Rantau Panjang, Klang kerana ayahnya dikebumikan disana,” tulis guru berkenaan yang bangga dengan murid berusia 12 tahun itu.

Sebelum itu, pada pukul 8.15 pagi Khamis, Azri Haziq juga hadir untuk menjawab soalan Sains Kertas 1.

“Selepas itu dia bergegas pulang untuk memandi, kafan dan solat jenazah ayahnya bersama penduduk kampung sebelum dikebumikan,” tulis guru itu yang turut menemani murid berkenaan ke Bilik Mayat Hospital Putrajaya pada Rabu.

Malahan, guru berkenaan turut menasihatkan Azri Haziq supaya terus menuntut ilmu, solat lima waktu dan sentiasa mendoakan arwah ayahnya.

“Andai ada apa-apa masalah boleh datang jumpa cikgu pada bila-bila masa.
“Cikgu bangga dengan keputusan Azri untuk terus menduduki UPSR kerana tidak ramai di luar sana yang mampu hadapi dan lakukan apa yang Azri lakukan hari ini,” katanya.

Sumber  http://sinarhariani.com/2017/09/hairan-murid-ini-datang-upsr-berbaju-melayu-hijau-rupa%C2%B2nya-bapa-dia-telah-sebak/

Sharing is caring!